• Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed
Chairul - Call 021 9170 4019, 0852 8212 6661, 0857 7626 4155 - Pin BB 5293A06A - Toyota Bintaro
Tampilkan postingan dengan label vios. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label vios. Tampilkan semua postingan

Senin, 29 April 2013

Toyota Vios

 
new vios 2013



Toyota Vios, sebuah sedan kompak dalam segmen B tidak dinafikan sangat berjaya di pasaran Malaysia. Generasi pertama dan kedua Vios mendapat tempat di hati kebanyakan daripada kita, sehinggakan ramai yang telah memilikinya walaupun harga yang ditawarkan oleh UMW Toyota untuk rakyat Malaysia bagi saya agak tinggi.
Menjelang suku kedua tahun 2013 ini, Toyota Vios generasi ketiga mula mengambil tempat dan kembali mencuri perhatian ramai peminatnya di kalangan negara-negara ASEAN. Pelancaran global Vios 2013 berlaku di negara jiran Thailand hari ini, bertempat di pameran automotif Bangkok International Motor Show 2013. Maklumat lengkap model berkenaan juga kini sudah boleh dilihat di laman sesawang Toyota Thailand.
All New Toyota Vios 2013 31 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand
Antara perubahan ketara yang dapat dilihat ialah penampilan luarannya kali ini begitu dominan dan berlainan sama sekali berbanding model sebelumnya, terutamanya perubahan di bahagian muka depan dan belakang. Ianya juga termasuk kehadiran papan pemuka berwajah baru yang telah meminggirkan lokasi meter yang dahulunya berada di bahagian tengah, secara drastik kembali berada di bahagian bawah roda stereng.
Sejujurnya, ini kali pertama saya mempunyai perasaan kagum terhadap sebuah model bernama Vios, apabila model berkenaan berani berubah, mengadaptasi gaya bahasa rekaan terbaru Toyota, yang sebelum ini dapat dilihat pada model-model terbaru yang dilancarkan di pasaran Jepun dan Eropah.
All New Toyota Vios 2013 2 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand
Cuma berkenaan teknologi enjinnya, Toyota Vios 2013 masih mengekalkan penjana kuasa sebelumnya, dilengkapi enjin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan. Toyota mungkin mempunyai alasan tersendiri kenapa tiada perubahan yang berlaku di bahagian tersebut.
Sistem gantungan (suspension) juga antara yang menjadi tanda tanya, memandangkan ramai di antara kita yang menginginkan sebuah Vios dengan karektor bercirikan perlumbaan, namun mungkin sedikit hampa apabila sistem gantungan belakang masih mengekalkan ‘Torsion beam with stabilizer’, digandingkan bersama ‘Mcpherson strut with stabilizer’ di bahagian depannya.
All New Toyota Vios 2013 33 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand
Untuk pasaran Thailand, empat varian ditawarkan, dimulai varian tertinggi 1.5S dan 1.5G, diikuti kemudiannya oleh varian 1.5E dan 1.5J. Varian 1.5E dan 1.5J turut dilengkapi pilihan transmisi manual lima kelajuan, dengan kesemua varian dilengkapi transmisi automatik empat kelajuan standard.
Menyentuh mengenai senarai harga yang ditawarkan oleh pengeluarnya untuk pasaran Thailand, Toyota Vios 2013 berharga dari 559,000 THB untuk varian 1.5J manual, dengan harga tertinggi 734,000 THB menjadi milik varian teratas 1.5S. Untuk lebih spesifik, senarai di bawah menerangkan dengan lebih jelas harga yang ditawarkan untuk kesemua varian Vios 2013 di pasaran Thailand;
All New Toyota Vios 2013 23 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand
  1. Toyota Vios 1.5S (4A/T) 
  2. Toyota Vios 1.5G (4A/T)
  3. Toyota Vios 1.5E (4A/T) 
  4. Toyota Vios 1.5E (5M/T)
  5. Toyota Vios 1.5J (4A/T) 
  6. Toyota Vios 1.5J (5M/T)
Apa yang saya tulis di atas mengenai model serba baharu Toyota Vios 2013 mungkin agak kekurangan daripada segi maklumat yang lebih lengkap, jadi anda boleh melayari terus laman sesawang Toyota Thailand untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenainya. Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang pemilik Vios 2013 yang kini tampil lebih bergaya dan sporty, nantikan pelancarannya di negara kita tidak lama lagi.
All New Toyota Vios 2013 3 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 4 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 5 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand

All New Toyota Vios 2013 7 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 8 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 6 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand

All New Toyota Vios 2013 9 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 10 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 11 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand



All New Toyota Vios 2013 18 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 19 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 20 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand

All New Toyota Vios 2013 24 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 26 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 25 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand

All New Toyota Vios 2013 27 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 28 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 29 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand


All New Toyota Vios 2013 35 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 36 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 37 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand


All New Toyota Vios 2013 31 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 1 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandAll New Toyota Vios 2013 2 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand

New Vios 2013 31 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandNew Vios 2013 21 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandNew Vios 2013 11 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand



New Vios 2013 13 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di ThailandNew Vios 2013 10 150x150 Toyota Vios 2013 dilancarkan di Thailand



Chairul


Call 021 9170 4019
        0852 8212 6661
        0857 7626 4155
pin  BB5293A06A

Sales Executive Toyota Bintaro - Jakarta Selatan
 
© 2013. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff
Site Meter